fb fb fb fb fb

Sukan Asia Hangzhou 2022: Kontinjen negara capai sasaran

(Menteri Belia dan Sukan, Ketua Kontinjen (CDM) negara bergambar bersama atlet skuasy
pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Gelanggang Skuasy Pusat Sukan Olimpik Hangzhou/BERNAMA)

HANGZHOU, 5 Oktober- Kejayaan kontinjen negara mencapai sasaran 27 pingat di temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. 

Beliau berkata kejayaan ini adalah kejayaan semua pihak dan harus diperkasakan pada masa akan datang. 

Kontinjen negara berjaya melepasi sasaran dengan meriah sebanyak 28 pingat ketika temasya Sukan Asia 2022 yang berbaki tiga hari sebelum berakhir. 

Sukan Skuasy cemerlang, menambah dua emas dan satu perak, selain Sukan Karate meraih satu perak dan acara memanah dengan satu gangsa. 


(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh/BERNAMA)

"Ini adalah usaha kuat semua atlet kita dan persatuan sukan, Majlis Sukan Negara dan saya berharap selepas ini kita akan balik mengkaji semua keputusan dan lihat bagaimana lagi kita boleh memperkasakan pemenang pingat ini supaya mereka boleh terus cemerlang, yang dapat gangsa mereka boleh sasarkan pingat perak, yang dapat perak boleh sasarkan pingat emas dan yang dapat pingat emas, kekalkan pingat emas dalam Sukan Asia akan datang", katanya.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Negara (CDM) ke Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt lega usaha kontijen selama ini tidak sia-sia.

"Kita sudah berusaha dalam dua bulan ini, CDM visit meeting maksudnya kita tidak mensia-siakan termasuk pasukan media, sasaran kita adalah 27 pingat, memang gembira dan bertuah kita dapat 28 pingat dan pingat emas itu sehingga lima emas", katanya.

Kontinjen negara kini berjaya meraih lima emas, enam perak dan 17 gangsa dengan 28 pingat berada dikedudukan ke-14 kontinjen keseluruhan. 

 

Media Baharu