(Lovelly Anne Robberth)
HANGZHOU, 5 Oktober- Atlet karate negara, Lovelly Anne Robberth melengkapkan sasaran 27 pingat untuk Malaysia pada hari pertama acara karate dipertandingkan pada Sukan Asia Hangzhou 2022.
Lovelly Anne menghadiahkan pingat perak buat negara apabila memenangi final acara Kata individu wanita hari ini.
Beliau tewas kepada pemenang pingat emas dua edisi berturut-turut pada 2014 dan 2018, Kiyou Shimizu dari Jepun pada aksi di Gimnasium Pusat Sukan Linping, China.
Lovelly Anne memungut 39.80 mata, manakala Shimizi 42.60 mata.
(Lovelly Anne Robberth dan Kiyou Shimizu)