fb fb fb fb fb

Sukan Asia Hangzhou: Zii Jia tewas saingan suku akhir

(FOTO FB Badminton Association of Malaysia - BAM)

KUALA LUMPUR, 5 Oktober- Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia terkandas pada pusingan suku akhir Sukan Asia Hangzhou 2022 selepas tewas kepada Prannoy Haseena Sunil Kumar, sebenar tadi.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam Facebook memaklumkan, Zii Jia tewas kepada pemain India tersebut dalam pertarungan tiga set.

Zii Jia yang berada pada ranking ke-16 dunia tewas pada set pertama 21-16, sebelum bangkit dengan mata kemenangan 23-21 pada set kedua, sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Perlawanan sengit berterusan ke set ketiga, namun Prannoy lebih unggul sekali gus menewaskan Zii Jia 20-22.

Aksi penuh mendebarkan itu berlangsung di Binjiang Gymnasium, China.

(Lee Zii Jia dan Prannoy Haseena Sunil Kumar/FB BWF — Badminton World Federation)

Media Baharu