fb fb fb fb fb

STL 2021/2022: Putrajaya Cyborg tewaskan Kelantan Warriors


KUALA LUMPUR, 29 Januari- Pendatang baharu, Putrajaya Cyborg cemerlang apabila menundukkan Kelantan Warriors 2 - 1 dalam saingan Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, semalam.

Putrajaya Cyborg yang dibarisi tekong kidal, Farid AbdulAziz, Suhairi Sulaiman selaku pengumpan dan perejam, Muslim Ramli gagal di set pertama apabila tewas 19-21.

Namun mereka mula bangkit di set kedua dengan menumpaskan gandingan tekong berpengalaman, Zulkifli Abdul Razak, Nik Muhammad Afiq Mazlan dan Eqbal Shamsudin, 21-12.

Kedudukan itu menyebabkan kedua-dua pasukan terpaksa beraksi di set penentuan yang menyaksikan Cyborg berjaya mengesahkan kemenangan 21 -19.

Ini merupakan kemenangan kelima daripada lapan perlawanan buat skuad kendalian Zulkarnain Arif itu.

Putrajaya Cyborg akan meneruskan aksi menentang juara dua kali, Kuala Lumpur Thunder, manakala Kelantan Warriors pula berpeluang menebus kekecewaan dengan menentang ATM Guardians, esok.

Media Baharu