fb fb fb fb fb

KBS 'buru' persatuan sukan tidak aktif, bakal dikenakan tindakan pembatalan, penggantungan oleh PJS


KUALA LUMPUR, 29 Januari
- Persatuan sukan yang tidak aktif bakal berdepan tindakan seperti diberi surat tunjuk sebab, penggantungan dan pembatalan daripada Pesuruhjaya Sukan (PJS).

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata pihaknya memandang serius perkara itu, memandangkan 70 peratus daripada 11,469 persatuan yang didaftarkan di pelbagai peringkat didapati tidak aktif.

Beliau berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 217 persatuan adalah di peringkat kebangsaan, 1,432 di peringkat negeri, 1,636 di peringkat daerah dan 8,184 di peringkat kelab.

Ujarnya, Kementerian Belia dan Sukan, KBS melalui PJS kini sedang melakukan Penarafan Bintang Badan Sukan ke atas semua badan sukan yang berdaftar.

Persatuan perlu memberi laporan kepada PJS setiap tahun selepas mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM), untuk mengetahui setakat mana persatuan berkenaan aktif.

Ti Lian berkata pihaknya juga perlu mengambil tindakan tegas seperti pembatalan dan penggantungan persatuan yang tidak mematuhi akta dan perlembagaan, bagi mengelakkan mereka terus menerima bantuan kewangan atau dana berkaitan sukan.

Media Baharu