fb fb fb fb fb

Spalletti puji kemampuan Gattuso ubah nasib Itali

Bekas pengendali Itali, Luciano Spalletti/ FOTO REUTERS

ROME, 13 Oktober - Bekas pengendali Itali, Luciano Spalletti, memuji kemampuan pengurus baharu,Gennaro Gattuso yang berjaya mengubah nasib skuad Azzurri itu selepas berjaya mencatat tiga kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Gattuso yang dilantik serta-merta susulan pemecatan Spalletti pada Jun lalu selepas kekalahan besar Itali kepada Norway berjaya membawa Itali mencatat dua kemenangan ke atas Estonia dan Israel.

“Saya percaya kepada Gattuso. Saya yakin, seperti yang telah dia tunjukkan.

"Dia akan terus menemui penyelesaian yang tepat untuk meneruskan perjalanan ini dan mencapai apa yang diimpikan,” kata Spalletti kepada pemberita pada Ahad.

“Dia juga telah membuat beberapa penyesuaian taktikal dalam perlawanan kebelakangan ini.

"Dengan barisan penyerang diletakkan lebih rapat, ia memberi lebih banyak pilihan, terutama ketika berdepan kesukaran seperti menentang Israel yang mempunyai corak permainan tersendiri.

"Mereka bermain dengan baik dan menggunakan pendekatan lebih langsung untuk menang,” tambahnya.

Itali kini berada di tangga kedua Kumpulan I dengan 12 mata selepas lima perlawanan.

Pasukan berkenaan kini dalam usaha untuk kembali ke pentas Piala Dunia buat kali pertama sejak 2014.

Skuad Azzurri dijadualkan menentang pasukan tangga ketiga, Israel, di Udine pada Selasa.

Kemenangan menentang Israel bakal mengukuhkan kedudukanpasukan tersebut di tempat kedua dan menjamin slot ke pusingan playoff.

Norway mendahului kumpulan dengan kelebihan enam mata, namun telah bermain lebih satu perlawanan berbanding Itali. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD