fb fb fb fb fb

Sonny Bill Williams sedia bekerjasama dengan KRM

Foto FB NRDP Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Februari- Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams akui berminat untuk menjalin kerjasama dengan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pada masa hadapan.

Jelas beliau, dia amat terbuka sekiranya diberikan peluang sedemikian.

Walaupun tidak menjelaskan peranan yang dimaksudkan dengan Ragbi Malaysia, Williams yakin ada banyak bakat menunggu untuk digilap.

"Saya ingin kembali dan menjadi sebahagian daripada pasukan ragbi Malaysia," kata Sonny kepada pemberita selepas sesi Klinik Ragbi di Mini Stadium Majlis Sukan Negara (MSN) di ibu negara pada Isnin.

Sementara, bekas pemain New Zealand yang terkenal dengan gelaran 'The Offload King', turut berpendapat biarpun mempunyai dana tidak begitu besar tapi dengan adanya program bermula dari akar umbi, ia akan mendatangkan hasil positif pada masa akan datang.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM