fb fb fb fb fb

Liga Perdana: Everton keluar daripada zon penyingkiran, seri 1-1

Foto AFP

LIVERPOOL, 20 Februari- Gol Amadou Onana menyelamatkan Everton apabila seri 1-1 dengan Crystal Palace sekali gus membawa kelab Merseyside itu keluar daripada zon penyingkiran Liga Perdana pada Isnin.

Penyerang, Jordan Ayew telah memberikan skuad The Eagles di depan pada babak kedua, beberapa jam selepas pengurus Roy Hodgson berhenti dan digantikan dengan Oliver Glasner.

Pengurus baharu itu turut hadir menyaksikan perlawanan anak buahnya, di tempat duduk penonton.

Onana melompat tinggi menanduk hantaran McNeil menerusi sepakan sudut pada minit ke-84, untuk gol penyamaan Everton.

Keputusan itu berjaya menggerakkan pasukan Sean Dyche daripada tiga kedudukan terbawah di atas Luton Town, tempat ke-17.

"Kami tahu ia akan menjadi sukar di sini, tetapi kami berjuang keras untuk mendapatkan apa yang kami mampu," kata pertahanan Palace, Joachim Andersen kepada SkySports.

Everton mempunyai 20 mata daripada 25 perlawanan, sama seperti Luton yang bermain lebih banyak perlawanan, manakala Palace berada di tempat ke-15, lima mata di hadapan zon penyingkiran.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM