fb fb fb fb fb

28 atlet Muay Thai berentap rebut gelaran 'Raja Gelanggang' Kuda Merah 2024

Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 akan berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Febuari ini

SHAH ALAM, 19 Februari - Seramai 28 atlet Muay Thai terbaik akan berentap merebut gelaran 'Raja Gelanggang' di kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 yang akan berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 24 dan 25 Febuari ini.

Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur, Rosli Yaacob berkata kesemua peninju yang bertanding telah disaring mengikut kriteria tertentu bagi memberikan aksi menarik buat peminat sukan Muay Thai di Malaysia.

"Pada kejohanan yang lepas dibeberapa kejohanan kita tengok peninju ini punya tahap dia punya kualiti,dia punya stamina, kekuatan, dia punya ketahanan jadi kita pilih dari situ untuk mewakili dikejohanan Kuda Merah ini," katanya ketika ditemui pemberita, di sini.

Tambah Rosli, saingan berprestij itu juga bakal menampilkan beberapa peninju dari Thailand dan Afghanistan.

Sementara itu, atlet Muay Thai negara, Mohd Raffi Abdul Manaf telah melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan berkenaan.

Bekas pemenang pingat gangsa Sukan Sea Myanmar 2013 itu mengakui perlu lebih berhati-hati apabila bakal berdepan peninju Thailand, Muhammad Kitty-yamat.

"Saya rasa untuk peninju lagenda ini Deankao San ini di mana kemahiran diai tu lebihlah bagi saya amat-amat mencabar sekali bagi saya," katanya.

Mohd Raffi yang terkenal dengan gelaran 'Mat Rapi' telah membuat hampir 600 penampilan dalam kesemua pertandingan dalam dan luar negara.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN