fb fb fb fb fb

SOJC: Malaysia tewas lagi, kecundang 2-3 kepada Pakistan

Pemain Malaysia Ashraf Adam (kanan) diasak oleh pemain Pakistan Zikriya Hayat (dua, kanan) pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 1 November- Malaysia tewas 2-3 kepada Pakistan dalam perlawanan terakhir Kumpulan B Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia tewas dalam semua tiga perlawanan berturut-turut  dan menduduki tempat tercorot di belakang India, Pakistan dan New Zealand tanpa sebarang mata.

Pakistan yang telah mengesahkan kedudukan kedua terbaik kumpulan tetap bernafsu memburu kemenangan dan berjaya mendahului pada minit ke-13 menerusi jaringan padang Abu Zar.

Pakistan melebarkan kedudukan melalui Arbaz Ahmad pada minit ke-21 kali ini hasil pukul sudut penalti.

Mohamed Khan menjaringkan gol ketiga Pakistan pada minit ke-24 dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Anak buah Amin Rahim meningkatkan serangan pada suku ketiga dan berjaya mencipta empat pukulan sudut penalti namun tiada penyudah.

Kebangkitan skuad muda bermula pada miniy ke 47, hasil jaringan Syahmi Irfan Suhaimi yang terhasil melalui pukulan sudut penalti.

Syafiq Iqmal Danial merapatkan jurang gol pada minit ke-51 namun usaha berterusan Malaysia gagal menghasilkan gol penyamaan.

Selepas tiga perlawanan, Malaysia tanpa sebarang mata dan bakal bertemu Great Britain yang muncul pasukan ketiga terbaik kumpulan A, Khamis ini, manakala Pakistan akan bertemu juara kumpulan A, Australia pada Jumaat nanti.

Dalam pada itu, Jurulatih, Mohd Amin Rahim kecewa dengan aksi pemain terutama pada separuh masa pertama apabila banyak memberi ruang kepada Pakisitan menyerang.

Malah ujarnya, percaturan untuk melancarkan serangan awal untuk memburu gol juga gagal.

"Pergi kat 'dressing room' saya agak sedikit tertekan, saya minta bagi tekanan pada Pakistan..apa yang mereka bagi pada suku ketiga dan keempat itu yg patut buat pada separuh pertama.. tapi kredit pada pemain ketinggalan tiga gol, cuba untuk bangkit dengan dua gol tapi kita tak dapat gol satu lagi untuk sekurang-kurangnya seri dengan Pakistan," katanya.

Malaysia tewas 2-3 kepada New Zealand pada aksi pembukaan sebelum tunduk 1-3 kepada India untuk menghuni tangga terbawah kumpulan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI