fb fb fb fb fb

Skuasy Terbuka Remaja Antarabangsa KL tarik 900 pemain

 PUCHONG, 28 November - Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Redtone Kuala Lumpur 2023 menarik penyertaan sebanyak 900 pemain pada kejohanan edisi ke-15 kali ini.

Presiden Persatuan Skuasky Kuala Lumpur, Steven Kwan Hon Wah berkata kejohanan itu melibatkan pemain tempatan dan antarabangsa dari 21 negara yang akan membuka tirai pada 5 Disember depan.

Antara negara yang turut menyertai dalam saingan itu antaranya Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura.

"Kejohanan ini menjadi acara skuasy remaja terbesar di Asia dan kedua terbesar di dunia selepas menerima rekod bilangan penyertaan, tahun ini," katanya dalam satu sidang media selepas majlis perasmian dan penyampaian cek hari ini.

Tambah beliau lagi Malaysia sebagai tuan rumah telah memasuki kontinjen terbesar iaitu 643 pemain dari pelbagai negeri dan pemain elit dari Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Kejohanan itu, kini merupakan acara platinum, telah melahirkan beberapa pemain profesional.

Antaranya pemenang pingat emas acara perseorangan lelaki Sukan Asia Hangzhou, Ng Eain Yow dan juara acara berpasukan wanita Rachel Arnold.

GRACE AISYAH KEDAYAN