fb fb fb fb fb

Skuasy Terbuka Australia: Sivasangari mara ke suku akhir

Pemain skuasy wanita utama negara, S.Sivasangari / Foto RTM

BRISBANE, 14 Mac-Pemain wanita utama skuasy negara, S. Sivasangari mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Hong Kong, Lee Ka Yi pada pusingan kedua di sini.

Selaku pilihan kelima kejohanan itu, yang menerima 'bye' pada pusingan pertama, Sivasangari tidak berdepan banyak masalah untuk menundukkan Ka Yi 11-1, 11-5 dan 11-7 di Kelab Skuasy Sandgate.

Kemenangan ini turut memanjangkan rekod tanpa kalah Sivasangari ke atas lawannya itu kepada empat perlawanan berturut-turut di Brisbane.

Sivasangari kini akan bersaing untuk tempat ke separuh akhir menentang pilihan keempat dari Mesir, Rowan Elaraby.

Turut layak ke suku akhir, seorang lagi wakil negara, Aifa Azman.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD