fb fb fb fb fb

Skuasy: Malaysia sapu bersih gelaran juara berpasukan Asia

Malaysia menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 di Dalian, China/Foto BERNAMA

DALIAN,17 Jun-Malaysia mendominasi perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua gelaran berpasukan lelaki dan wanita di sini.

Pemain nombor 10 dunia, S. Sivasangari memimpin kemenangan 2-0 ke atas juara bertahan Hong Kong dalam perlawanan akhir wanita

Ratu skuasy wanita negara Sivasangari memulakan rentak kemenangan Malaysia  dengan menyumbang mata pertama mengatasi Ho Tze Lok, dalam pertarungan lima set.

Juara Sukan Asia Hangzhou 2022 itu mencatatkan kebangkitan menakjubkan selepas ketinggalan set pertama untuk menang 3-2.

Perseorangan kedua negara Rachel Arnold jelas meneruskan momentum kemenangan untuk mengesahkan kemenangan mutlak apabila mengecewakan Tong Tsz Wing 3-0.

Malaysia kini memegang rekod dengan 11 kemenangan sejak kejohanan itu bermula pada 1986.

Sementara itu, turut melakar kemenangan pasukan skuasy lelaki yang diketuai pemenang pingat emas Sukan Asia Ng Eain Yow apabila menewaskan Hong Kong 2-1 dalam perlawanan akhir.

Eain Yow cemerlang untuk memberikan mata pertama dengan menewaskan Lau Tsz Kwan 3-0 namun Addeen Idrakie terpaksa akur tewas di tangan Henry Leung.

Bagaimanapun, C. Ameeshenraj bangkit dengan menewaskan Tang Ming Hong 3-1 untuk meraih mata kemenangan.

Dalam pada itu, jurulatih kebangsaan, Shahril Shahidan berpuas hati dengan prestasi yang dipameran kedua-dua skuad lelaki dan wanita.

Jelasnya, pemain skuasy wanita nombor satu negara, S.Sivasangari menunjukkan kematangan meskipun ketinggalan di beberapa set permain.

Selain itu Shahril tidak menyangka Rachel Arnold mendapat kemenangan mudah mengatasi lawannya.

Dalam aksi skuad lelaki, percaturan Shahril memasukkan Ameeshan menggantikan Syafiq membuahkan hasil.

Jelasnya kelebihan Ameeshan yang lebih muda dan mempunyai tahap kecergasan yang tinggi berjaya mengatasi pemain nombor 88 dunia Tang Ming Hong yang tidak mempunyai tahap kecergasan yang baik.

Secara keseluruhan, pemainnya bermain dengan sepenuh hati, dan mereka berani mengetengahkan pemain muda.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD