fb fb fb fb fb

Euro 2024: Tandukan Bellingham kecewakan Serbia

Pemain England, Jude Bellingham menjaringkan gol tunggal England ketika berdepan Serbia pada Euro 2024/Foto REUTERS

GELSENKIRCHEN, 16 Jun-Jaringan tunggal Jude Bellingham membolehkan England mencatatkan kemenangan pertama 1-0 ke atas Serbia pada perlawanan Euro 2024 bagi Kumpulan C.
Pada perlawanan tersebut, Bellingham menanduk masuk hantaran lintang Bukayo Saka pada minit ke-13.

Serbia yang bermula agak perlahan pada separuh masa pertama mula menghadirkan ancaman kepada England pada separuh masa kedua.

Perlawanan tersebut turut merekodkan 11 percubaan iaitu enam milik Serbia dan hanya lima dimiliki England.

Jumlah berkenaan merupakan jumlah percubaan paling rendah sejak kejohanan Piala Eropah pada sejak 1980 mengikut analisis permainan yang dikeluarkan data opta.

Kemenangan berkenaan membolehkan England mengetuai Kumpulan C.

Sementara itu dalam kumpulan sama, Denmark gagal mengambil kesempatan apabila sekadar seri 0-0.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD