fb fb fb fb fb

Badminton Terbuka Australia: Zii Jia muncul juara

Pemain badminton profesional negara, Lee Zii Jia menjuarai Terbuka Australia menewaskan Kodai Naraoka/Foto Facebook Persatuan Badminton Malaysia

SYDNEY, 17 Jun-Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia muncul juara selepas menewaskan ranking keenam dunia dari Jepun, Kodai Naraoka pada aksi final.

Gelaran kedua bagi musim ini nyata akan memberi suntikan semangat kepada pemain itu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 .

Berlangsung di Quaycentre, di sini,rentak permainan yang kemas membolehkan Zii Jia berjaya mengatasi lawan pada set pertama dengan 21-19.

Tersentak dengan itu, Naraoka bangkit menguasai set kedua 21-11 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Zii Jia seakan hilang sedikit tumpuan namun pemain berusia 26 tahun itu bangkit mendahului perlawanan sebelum memuktamadkan kemenangan dengan keputusan 21-18 pada set penentuan.

Sementara itu, nasib berbeza buat gandingan Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien, impian meraih gelaran sulung dalam acara beregu wanita di Terbuka Australia musnah apabila kecundang di pentas final.

Pei Jing-Chiew Sien tewas kepada gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-17, 7-21, 13-21.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD