fb fb fb fb fb

Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia 2023: SRAM tampil 'ubi muda'

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) menampilkan barisan pemain muda untuk aksi Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia 2023 di Tauranga, New Zealand pada 11 hingga 17 Disember ini.

SRAM dalam kenyataan memaklumkan Malaysia mempertaruhan Addeen Idrakie Bakhtiar sebagai satu-satunya pemain senior, bersama Ameeshenraj Chandaran, Sanjay Jeeva, dan Muhd Hafiz Zhafrina yang julung kali beraksi.

Sementara pemenang pingat emas Sukan Asia, Ng Eain Yow direhatkan selepas setahun bekerja keras.

Menurut Pengarah kejurulatihan SRAM Mejar (B) S. Maniam, sasaran mereka pada kejohanan kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada barisan pemain muda negara selain percaya ia peluang bagi badan induk sukan tersebut menampilkan pemain simpanan dan menilai kebolehan mereka.

Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama pilihan utama kejohanan yang juga juara lima kali, Mesir dan Ireland.

Sementara itu, Maniam mengesahkan juara kebangsaan lima kali, Ivan Yuen Chee Wern, 33, memutuskan untuk bersara selepas 20 tahun beraksi cemerlang bersama pasukan negara

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD