fb fb fb fb fb

Skuad ragbi 7 sebelah negara dijadual turun tiga kali pada hari pembukaan

Nik Safuan Ismade Nik Man.-Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 9 Disember - Skuad ragbi 7 sebelah (7s) lelaki negara bakal melalui 'hari paling penting' pada pembukaan Sukan SEA Thailand 2025.

Ini apabila pasukan negara dijadual turun tiga kali pada hari sama yang mana situasi yang menentukan hidup mati kempen ke final.

Format baharu pertandingan menyaksikan semua pasukan bermain round robin padat, menjadikan hari pertama sebagai penentu utama sebelum peluang sebenar dibuka pada hari kedua.

Ketua jurulatih, Nik Safuan Ismade Nik Man berkata, jadual padat tersebut memaksa pemain mengekalkan intensiti sepanjang hari bagi mengutip sekurang-kurangnya dua kemenangan ketika berdepan Singapura, Filipina dan Thailand.

“Antara cabaran utama kita adalah dari segi macam mana kita nak lepasi tiga perlawanan pertama yang mana kita terpaksa berjumpa dengan singapura, Filipina juga Thailand pada hari pertama so yang mana satu laluan yang agak perit juga tetapi walau bagaimanapun kita cuba untuk mendapatkan sekurangnya dua kemenangan pada hari pertama itu,” katanya.

Malaysia yang pernah mengejutkan rantau dengan meraih emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, kini berdepan cabaran lebih getir termasuk ancaman Thailand sebagai tuan rumah dan Filipina yang membawa masuk hampir satu pasukan penuh pemain warisan dari New Zealand.


“Untuk menentang dengan Singapura ini kita kena menang untuk memberi keyakinan kepada pasukan dan perlawanan kedua menentang Filipina ini adalah salah satu perlawanan yang agak mencabar so apa yang saya boleh buat dan macam saya cakap tadi dari segi mental dan juga bonding antara pemain kita tidak ada masalah so dari segi ketahanan fizikal kita cuba nak tunjukan yang mana kita mampu bertahan” tegasnya.

Malaysia akan menutup aksi round robin menentang Laos pada hari kedua sebelum dua pasukan teratas mara ke pusingan akhir.

ASHRIQ FAHMY AHMAD