fb fb fb fb fb

Skuad hoki wanita pamer aksi cemerlang tewaskan Indonesia 6-0

KUALA LUMPUR, 27 Januari- Pasukan hoki wanita mula mempamerkan peningkatan positif apabila berjaya menewaskan Indonesia 6-0 dalam perlawanan klasifikasi tempat kelima hingga lapan, Piala Asia Wanita 2022.

Kemenangan tersebut membolehkan skuad kebangsaan mara ke penentuan tempat kelima dan keenam Kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sultan Qaboos, Muscat, Oman.

Bagi Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas Konfederasi Hoki Malaysia, Paul Revington, masih ada beberapa kelemahan perlu di perbaiki segera oleh pasukan kebangsaan biarpun melakar kemenangan bergaya.

Hari ini, Malaysia akan turun untuk aksi terakhir kejohanan iaitu penentuan kedudukan tempat kelima dan keenam bertemu Thailand pada pukul 11 malam waktu Malaysia

Media Baharu