fb fb fb fb fb

MSDeaf sasar satu pingat emas dalam temasya Sukan Deaflympic Brazil



KUALA LUMPUR, 27 Januari- Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) berazam membawa pulang sebutir pingat emas pada temasya Sukan Deaflympic di Caxias Do Sul, Brazil, pada 1-15 Mei ini.

Presidennya Ong Shin Ruenn berkata sasaran pingat disandarkan pada pemenang pingat gangsa acara badminton perseorangan wanita Deaflympic 2019, Boon Wei Ying.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyampaian sumbangan 243,700 Ringgit dari Yakult Malaysia.

Sumbangan itu akan di gunakan sebagai persiapan menghadapi Deaflympic dan Kelayakan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asia-Pasifik di Jeju, Korea, Oktober ini.

MSDeaf juga akan menganjurkan kursus kepimpinan bagi ahli-ahli gabungannya di seluruh negara.

Yakult Malaysia berjaya menyumpul RM315,000 melalui penganjuran perlawanan Bola Sepak Amal Yakult All Star yang telah berlangsung pada 11 Disember 2021 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Jelas Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada sebahagia dari kutipan tersebut disumbangkan kepada Persatuan Orang pekak Malaysia.



Media Baharu