fb fb fb fb fb

Skuad badminton remaja negara mara suku akhir BAJC 2025

Barisan pemain badminton remaja negara yang bersaing di BAJC 2025 - Foto FB Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Skuad badminton remaja negara meneruskan langkah cemerlang apabila mara ke suku akhir acara berpasukan campuran Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2025 selepas menewaskan Myanmar dan Singapura dalam saingan Kumpulan B di Solo, Indonesia, hari ini.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Manahan, Malaysia mudah mengatasi Myanmar 110-52 pada perlawanan sebelah pagi, sebelum melakar kemenangan kedua dengan menundukkan Singapura 110-58 pada sesi petang.

1907 SKN BAJC MAS MARA SUKU AKHIR 1Skuad negara menumpaskan Singapura 110-58 - Foto BAM

Dua kemenangan itu meletakkan skuad negara di landasan terbaik untuk memburu gelaran juara kumpulan dan seterusnya layak ke peringkat kalah mati.

BAJC tahun ini menggunakan format baharu yang menyaksikan setiap pasukan perlu melengkapkan 10 perlawanan – dua perlawanan bagi setiap kategori: perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

1907 SKN BAJC MAS MARA SUKU AKHIR 2Pasukan Malaysia tewaskan Myanmar 110-52 - Foto BAM

Setiap perlawanan dimainkan sehingga 11 mata dan pasukan pertama yang mengumpul 110 mata akan dinobatkan sebagai pemenang.

Malaysia kini berada di kedudukan kedua Kumpulan B selepas mencatat tiga kemenangan dan akan bertemu Indonesia, selaku pendahulu kumpulan, esok bagi menentukan juara kumpulan.

Hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke saingan suku akhir. - BERNAMA

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK