fb fb fb fb fb

Skuad B-23 mulakan latihan, keserasian jadi fokus utama- Maloney



KELANA JAYA, 2 Februari- Keserasian antara semua pemain menjadi keutamaan jurulatih Brad Maloney yang mahukan anak-anak buahnya terus kekal fokus dalam tempoh yang singkat.

Ia sebagai persiapan menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini

Menurut Maloney, sesi latihan yang diadakan akan dimanfaatkan dengan baik bagi menilai pemain yang benar-benar layak untuk disenaraikan ke kejohanan tersebut.

"Saya memang tidak sabar untuk kembali bersama pasukan setelah sekian lama.

"Jadi saya perlu mengenali pemain-pemain baharu yang ada selain melihat perkembangan beberapa pemain yang sebelum ini tidak bersama
kami, saya cuba untuk melihat keserasian dan kemampuan mereka menyesuaikan diri," katanya

Beliau ditemui pemberita, ketika sesi kem latihan pertama skuad bawah 23 kebangsaan di Stadium Kelana Jaya, di sini.

Semalam, Maloney telah memanggil lima pemain baharu bagi menyertai kem latihan berkenaan.

Anak buah Maloney akan memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF Bawah 23 berdepan Myanmar di Stadium Prince pada 15 Februari, Laos, 18 Februari dan aksi terakhir kumpulan menentang Indonesia pada 21 Februari.

Media Baharu