DUBAI, 2 Februari - Korea Selatan menempah tiket ke Piala Dunia 2022 di Qatar selepas menewaskan Syria 2-0 di Dubai, awal pagi tadi.
Kejayaan skuad kendalian Paulo Bento itu sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan akhir buat kali ke-11 berturut-turut sejak 1986.
Gol babak kedua Kim Jin-su dan Kwon Chang-hoon memastikan Korea Selatan meneruskan kemenangan dalam kempen kelayakan, sekali gus melengkapkan dua kedudukan teratas Kumpulan A zon Asia.
Susulan kejayaan itu, mereka akan mengiringi Iran yang telah pun mengesahkan tempat ke pusingan akhir, Khamis lalu.
Hanya dua pasukan teratas daripada setiap dua kumpulan zon kelayakan Asia akan memenangi tiket secara automatik.
Manakala pasukan ketiga pula akan berdepan lawan dari benua Amerika Selatan dalam pertembungan play-off antara benua.
Pusingan akhir Piala Dunia akan berlangsung di Qatar bermula 21 November depan.