fb fb fb fb fb

Skriniar sertai Fenerbahce secara kekal

Pemain pertahanan Slovakia, Milan Skriniar/Foto REUTERS

GDANSK, 1 Ogos – Pemain pertahanan Slovakia, Milan Skriniar, sah meninggalkan juara Perancis Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai kelab Turki, Fenerbahce, dengan kontrak selama empat tahun, menurut pengumuman kedua-dua kelab pada Khamis.

Fenerbahce memaklumkan bahawa Skriniar, yang telah dipinjamkan ke kelab berpangkalan di Istanbul sejak Januari, akan menerima gaji tahunan sebanyak €8 juta (RM46 juta).

Namun, kedua-dua pihak enggan mendedahkan nilai perpindahan.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai PSG dari Inter Milan pada 2023, dan memainkan peranan penting membantu Fenerbahce menamatkan saingan liga Turki musim lalu di tempat kedua.

Dalam perkembangan sama, pertahanan antarabangsa Portugal, Nelson Semedo, turut menyertai Fenerbahce dengan kontrak dua tahun.

Pemain berusia 31 tahun itu sebelum ini beraksi bersama Barcelona, Benfica dan Wolverhampton Wanderers, dan menyertai kelab Turki itu secara perpindahan percuma selepas kontraknya bersama kelab Liga Perdana Inggeris tamat.

Fenerbahce kini dibimbing pengurus ternama, Jose Mourinho, yang giat memperkuatkan skuad menjelang musim baharu. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD