fb fb fb fb fb

Six Kings Slam: Sinner bertemu Djokovic di separuh akhir

JANNIK SINNER / AFP

RIYADH, 15 Oktober - Juara bertahan, Jannik Sinner, mara ke separuh akhir Six Kings Slam 2025 selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas 6-2, 6-3 di Riyadh.

Dia dijadual berdepan bintang Serbia, Novak Djokovic.

Pemain nombor dua dunia itu mempamerkan aksi dominan menentang Tsitsipas yang kini jatuh ke ranking ke-24.

Sinner mendahului 5-0 sebelum menutup set pertama 6-2 dan melengkapkan kemenangan 6-3 pada set kedua.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain Amerika Syarikat, Taylor Fritz, mudah menundukkan Alexander Zverev 6-3, 6-4 dalam masa hanya 59 minit.

Djokovic dan pemain nombor satu dunia, Carlos Alcaraz, menerima 'bye' untuk slot separuh akhir.

Sinner menyifatkan pertemuan menentang Djokovic sebagai cabaran terbesar dalam sukan tenis dan satu penghormatan dapat kembali berkongsi gelanggang dengannya.

Kejohanan jemputan ini merupakan sebahagian daripada acara Riyadh Season, menampilkan enam pemain elit dunia dengan Sinner berjuang mempertahankan gelaran yang dimenanginya selepas menewaskan Alcaraz tahun lalu.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI