fb fb fb fb fb

GP Amerika Syarikat: Tiga pasukan tampil 'livery' istimewa

Foto X Mclaren, Aston Martin dan Williams

AUSTIN, 16 Oktober - Separuh daripada pasukan Formula Satu bakal tampil dengan ciri warna khas menjelang Grand Prix Amerika Syarikat.

Aston Martin Aramco, McLaren dan Williams antara yang memperkenalkan 'livery' edisi istimewa.

Aston Martin memperkenalkan rekaan sains pertama dalam sejarah pasukan, dihiasi formula saintifik yang menggambarkan inovasi serta tenaga kerja di sebalik kerjasama dengan Aramco.

Fernando Alonso dan pelumba muda Jak Crawford tampil melancarkannya di Houston, serentak dengan pelancaran Aramco STEM Challenge 2025 untuk mencungkil bakat muda bidang kejuruteraan.

McLaren pula mempersembahkan 'livery' berwarna-warni hasil kolaborasi bersama Google Gemini, melambangkan inspirasi dan kreativiti digital.

Rekaan tersebut turut menghiasi pakaian dan kasut pelumba sepanjang dua perlumbaan di Austin dan Mexico City.

Sementara itu, Williams meraikan kerjasama dengan Atlassian melalui 'livery throwback’ berinspirasikan tahun 2002, simbol semangat inovasi dan keteguhan dua organisasi berasaskan pasukan.

Rekaan biru putih itu mengimbau era gemilang Juan Pablo Montoya yang turut hadir bersama Carlos Sainz pada pelancaran di Austin.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI