RIYADH, 19 Oktober - Pemain tenis nombor dua dunia, Jannik Sinner menjuarai saingan Six Kings Slam menumpaskan Carlos Alcaraz 6-2, 6-4.
Sinner memulakan set pertama dengan pukulan backhand tajam dan drop shot bijak untuk mendominasi permainan.
Alcaraz cuba bangkit di set kedua, namun Sinner terus unggul dengan permainan agresif di jaring.
Kemenangan ini menyaksikan Sinner bukan sahaja mempertahankan kejuaraan edisi kedua kejohanan, tetapi turut membawa pulang hadiah lumayan sekitar $6 juta dolar.
Saingan turut menampilkan bintang lain seperti Novak Djokovic, Taylor Fritz, Alexander Zverev, dan Stefanos Tsitsipas.