fb fb fb fb fb

Serie A: Juventus hambat Inter Milan

FOTO REUTERS

FLORENCE, 6 November - Juventus mengukuhkan kedudukannya selepas menang ke atas Fiorentina 1-0 pada Ahad.

Pemain tengah Fabio Miretti meletakkan Juventus di hadapan selepas menyempurnakan hantaran Filip Kostic pada minit ke-10.

Juventus yang hanya tewas sekali musim ini kini di tangga kedua, dua mata di belakang pendahulu, Inter Milan dan tidak bolos dalam enam perlawanan.

Pada perlawanan itu, Fiorentina menguasai keseluruhan permainan dengan serangan bertali arus terhadap kubu Juventus, namun gagal menyempurnakan peluang yang terhidang.

Penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny menjadi wira selepas menyelamatkan pintu golnya daripada dibolosi.

Kekalahan itu meletakkan Fiorentina di tangga kelapan dengan 17 mata.

Fiorentina bakal melayani Bologna pada perlawanan berikutnya pada 12 November, manakala Juventus pula akan menjadi tuan rumah menentang Cagliari pada Sabtu-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD