fb fb fb fb fb

La Liga: Real Madrid gagal lebarkan kedudukan sebagai pendahulu

FOTO AFP

MADRID, 6 November - Real Madrid mensia-siakan peluang apabila hanya mampu sekadar seri 0-0 di laman sendiri menentang Rayo Vallecano pada Ahad.

Keputusan tersebut menyaksikan 'The Galaticos' kini menghuni tangga kedua liga di belakang pendahulu, Girona.

Real Madrid yang mendominasi permainan sejak awal dilihat sukar menembusi pertahanan Rayo Vellecano meski pun merekodkan 23 percubaan pada perlawanan tersebut.

Pasukan pelawat Rayo Vellacano mempamerkan aksi mantap melalui kekebalan pertahanan selain kecemerlangan penjaga golnya, Stole Dimitrievski yang kerap kali menghampakan usaha Federico Valverde dan Joselu pada separuh masa pertama.

Sementara itu, pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti menerima keputusan perlawanan dan menyifatkan pasukannya tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol.

"Kami telah berusaha bersunguh-sungguh bagi menjaringkan gol.Tetapi masih gagal.

"Perlawanan tersebut sangat bagus. Kami mempunyai banyak peluang dan kami tidak bernasib baik", kata Ancelotti pada sidang media yang di adakan selepas perlawanan.

Ini merupakan kali pertama Real Madrid gagal menjaringkan gol musim ini dan menyaksikan skuad bimbingan Carlo Ancelotti ketinggalan dua mata berbanding Girona yang menang 4-2 pada aksi menentang Osasuna pada Sabtu.

Dalam pada itu, Barcelona menghambat kedudukan di tangga ketiga dengan 27 mata selepas kemenangan dramatik 1-0 ke atas Real Sociedad.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD