MILAN, 7 Januari- Gol kemenangan oleh pemain gantian, Davide Frattesi pada minit-minit akhir perlawanan membolehkan Inter Milan menewaskan Hellas Verona 2-1 sekali gus mengukuhkan kedudukan di persada liga dengan berkelebihan lima mata daripada pesaing terdekat Juventus.
Pada aksi yang berlangsung di San Siro itu, Inter Milan terlebih dahulu mendahului perlawanan menerusi Lautaro Martinez pada minit ke-13 sebelum Hellas Verona menyamakan kedudukan pada babak kedua melalui jaringan Thomas Henry.
Davide Frattesi yang dimasukkan pada separuh masa kedua menjadi wira Inter selepas menyumbat gol kemenangan pada minit-minit akhir permainan.
"Kami lakukan apa yang perlu. Kadang-kala tidak semua dirancang itu mengikut perancangan,namun kami sedar bahawa kami perlu terus mengutip tiga mata dan menang", kata Ketua Pasukan Inter Milan, Lautaro Martinez kepada InterTV.
Kekalahan itu meletakkan Hellas Verona di tangga ke-18 dengan 14 mata sekali gus berdepan zon penyingkiran.-REUTERS.