MADRID, 7 Januari- Juara bertahan, Real Madrid menempah tempat ke pusingan 16 terakhir Piala Raja Sepanyol selepas menang 3-1 ke atas pasukan divisyen keempat, Arandina pada Sabtu.
Pada perlawanan berkenaan, pasukan Arandina dilihat memberi tentangan sengit pada separuh masa pertama memaksa perlawanan separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, Real Madrid membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Joselu pada minit ke-54.
Real Madrid kemudiannya menambah jaringan kedua menerusi Brahim Diaz pada minit ke-55 sebelum Rodrygo menyumbat masuk gol ketiga pasukan pada minit akhir perlawanan.
Arandina berjaya mendapatkan gol saguhati pada minit ke-93 perlawanan selepas pemain pertahanan Real Madrid, Nacho Fernandez tertampan bola ke gawang sendiri.
Gol tersebut menceriakan lebih 6,000 penyokong Arandina yang membanjiri Stadium El Montecillo.
Sementara itu, Atletico Madrid turut layak ke pusingan seterusnya apabila menenwaskan pasukan divisyen ketiga, Lugo 3-1.
Pada perlawanan lain, Girona dan Real Betis turut layak apabila menewaskan lawan masing-masing.-AFP