fb fb fb fb fb

Piala Negara Afrika 2024: Ayew azam cipta rekod

Pemain veteran Ghana, Andrew Ayew/ FOTO REUTERS

ABDJAN, 7 Januari- Penyerang veteran Ghana, Andre Ayew berharap dapat mencipta rekod menjelang Kejohanan Piala Negara Afrika (AFCON) 2024 yang bakal membuka tirai pada Sabtu.

Pemain yang berusia 34 tahun itu yang sebelum ini menyertai kelab Perancis Le Havre menyasarkan untuk menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol pada penampilan ketujuhnya di kejohanan berkenaan.

Ayew kini berkongsi enam jaringan bersama rakan sepasukannya, Asamoah Gyan, pemain Zambia, Kalusha Bwalya dan bekas penyerang terbilang Cameron, Samuel Eto'o, yang juga merupakan penjaring terbanyak kejohanan dengan 18 gol.

Ayem turut berharap dapat mencipta rekod sebagai pemain ketiga yang bermain pada edisi kelapan AFCON yang menyaksikan hanya tiga pasukan menyertai kejohanan pada 1957 sebelum berkembang kepada 24 negara sehingga kini.

Setakat ini hanya dua pemain iaitu Cameroon, Rigobert Song dan pemain Mesir, Ahmad Hassan berkongsi rekod sebagai pemain paling banyak membuat penampilan pada AFCON.

"Keutamaan saya adalah bermain sebagai kesebelasan atau menjadi pemain gantian untuk Ghana.

"Selepas itu kita akan lihat apa yang bakal terjadi. Paling penting ialah memastikan Ghana mampu buat yang terbaik pada kejohanan kali ini", kata Ayew kepada pemberita menjelang pertembungan Kumpulan B menentang Cape Verde.

Rekod kejuaraan paling banyak bagi AFCON masih lagi dipegang oleh Mesir dan Mozambique dengan tujuh kejuaraan meninggalkan Ghana yang hanya memenangi kejohanan sebanyak empat kali.

Ghana sebelum ini layak ke separuh akhir kejohanan sebanyak enam kali bermula tahun 2008, namun pasukan yang digelar 'Permata Hitam itu turut pernah gagal pada pusingan 16 terakhir lima tahun lalu.

Pada kejohanan 2022 lalu, Ghana dimalukan pasukan kerdil, Comoros 1-0 pada peringkat kumpulan dengan Ayew diperintahkan meninggalkan padang selepas mendapat kad merah.

Meskipun berdepan desakan penyokong Ghana agar Ayew diketepikan daripada pasukan berkenaan, jurulatih Ghana, Chris Hughton masih memberi kepercayaan dan keyakinan terhadap pemain berkenaan.

"Sumbangan Andre terlalu banyak buat Ghana sama ada di dalam mahupun di luar padang", kata Hughton bekas pengurus Newcastle dan Brighton itu.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD