fb fb fb fb fb

Seminar kepimpinan gender, bincang peranan wanita dalam sukan

Norhayati Karim, Setiausaha Agung MA / RTM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober - Buat julung kali, Olahraga Malaysia (MA) bakal menganjurkan program Seminar dan Forum Gender Leadership 2025 bermula 22 hingga 26 Oktober ini.

Setiausaha Agung MA, Norhayati Karim berkata MA ialah persatuan sukan kebangsaan pertama yang menganjurkan program berkenaan dengan kerjasama Olahraga Dunia (WA).

Program itu menyokong aspirasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta WA dalam memperkasakan wanita dalam sukan di semua peringkat.

Majlis itu turut menyaksikan pelancaran kempen jangka panjang “LeadHer”, yang menjenamakan semua kursus kepimpinan, teknikal dan kejurulatihan khas untuk wanita.

Seramai 30 peserta kohort pertama akan dipilih bagi membentuk pasukan wanita berwawasan dalam pembangunan sukan negara.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI