PETALING JAYA, 17 Oktober - Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman digantung tugas serta-merta susulan siasatan FIFA berhubung status tujuh pemain kacukan Harimau Malaya.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundram mengesahkan penggantungan itu berkuat kuasa hari ini, selepas badan induk bola sepak negara menerima maklumat rasmi daripada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai kemungkinan pelanggaran dokumentasi pemain.
Siasatan tersebut memaksa FAM bertindak segera bagi memastikan ketelusan proses.
FIFA telah mengenakan denda RM1.8 juta terhadap FAM dan menggantung tujuh pemain warisan selama 12 bulan berikutan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA.
Noor Azman dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2022 menggantikan Mohd Saifuddin Abu Bakar.
