fb fb fb fb fb

Selangor Pistons tundukkan Perak Bison

KUALA LUMPUR, 31 Januari - Selangor Pistons menutup aksi pusingan pertama Liga Premier musim ini, dengan kemenangan 2-1 mengatasi Perak Bison dalam kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021 /22 di Stadium Titiwangsa, di sini

Dibarisi gandingan hebat Zuhri Zain sebagai tekong, pelibas Amirul Syafiq Samudin dan pengumpan veteran Farhan Adam, Selangor berjaya menutup set pertama dengan kemenangan 21 - 18.

Namun begitu, percubaan Perak Bison untuk bangkit dalam set kedua membuahkan hasil apabila menang 21 - 18.

Kemenangan Perak itu menyebabkan skuad kendalian Ridhuwan Abdul Manaf diheret ke set penentuan sebelum menang 21 - 17, sekali gus mengutip dua mata penuh.

Media Baharu