FOTO AFP
MADRID, 30 Januari - Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona mengumumkan ketibaan Adama Traore sebagai pemain baharu mereka pada jendela perpindahan Januari ini.
Pemain sayap kelahiran Sepanyol itu dipinjamkan dari kelab Wolverhampton Wanderers sehingga hujung musim ini.
Perjanjian ke atas pemain berusia 26 tahun itu turut termasuk dengan kontrak pembelian secara tetap selama lima tahun oleh Barca ke atas Traore.
Traore merupakan produk akademi remaja Barcelona yang melahirkan ramai pemain bintang termasuk Lionel Messi.
Pemain bertubuh tegap itu hanya sempat bermain empat perlawanan untuk skuad 'The Catalan' sebelum berhijrah ke Aston Villa pada 2015 dengan nilai perpindahan 10 juta Euro.
Traore kemudian mengikat kontrak bersama Middlesbrough selama dua musim sebelum menyertai Wolves pada 2018.