fb fb fb fb fb

Persiapan Liga Malaysia: Sabah FC, fokus perbaiki kelemahan


KUALA LUMPUR, 30 Januari
- Menjelang kempen Liga Malaysia musim ini, pemain Sabah FC diingatkan agar tidak terlalu tertekan dengan keputusan perlawanan persahabatan pramusim.

Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee berharap semua anak buahnnya fokus memperbaiki permainan mereka.

Menurutnya, kekalahan Sabah FC 0-1 kepada pasukan Liga Premier Kuching City FC dalam perlawanan persahabatan pramusim di Stadium Likas, pada malam tadi tidak sepatutnya dijadikan alasan menekan pemain, sebaliknya menjadi pengajaran memperbaiki permainan pasukan.

Perlawanan persahabatan pertama Sabah FC pada 16 Januari lepas menyaksikan pasukan itu sekadar seri 1-1 menentang pasukan Liga M THREE iaitu Kinabalu Jaguar FC di Stadium Likas.

Sementara itu, Kim Swee turut memaklumkan kehadiran tiga pemain import Sabah FC pada minggu depan dilihat bakal membawa perubahan kepada strategi permainan yang sedang dirangkanya.

Musim ini, Sabah mengekalkan dua pemain import iaitu pemain pertahanan Park Tae-Soo dari Korea Selatan serta pemain sayap, Saddil Ramdani dari Indonesia.

Media Baharu