fb fb fb fb fb

Tokyo hantar kontinjen besar ke Beijing 2022

FOTO AP

 

TOKYO, 30 Januari- Jepun bakal menghantar kontinjen terbesar mereka pada edisi kali ini dengan misi memburu kecemerlangan, menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing.

Pada kali ini, sejumlah 262 orang bakal menyertai kontinjen Jepun dengan 124 atlet dan selebihnya barisan kejurulatihan dan pegawai terlibat.

Sebelum ini pada Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, kontinjen Jepun hanya berjumlah 123 orang.

Antara sandaran utama Jepun pada kempen di Bejing kali ini ialah seperti pemenang pingat emas 'speedskater' Mio Takagi.

Pada edisi 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, Jepun berjaya membawa pulang 13 pingat termasuk 4 emas, 5 perak dan 4 gangsa.- AP

Media Baharu