fb fb fb fb fb

Liverpool sambar Diaz, bakal perkuat jentera serangan

FOTO AFP

LONDON, 31 Januari - Liverpool dilaporkan semakin hampir memperkuatkan jentera serangan mereka pada hari terakhir jendela perpindahan Januari dengan membawa masuk pemain kebangsaan Colombia, Luis Diaz dari kelab Portugal, Porto.

Diaz ketika ini bersama skuad kebangsaannya dalam persediaan menentang Peru dalam kempen Kelayakan Piala Dunia sebelum Colombia berdepan Argentina minggu depan.

Delegasi dari Liverpool dijangka terbang ke Argentina bagi melengkapkan perjanjian yang dilaporkan bernilai 37.5 juta pound selain harga tambahan yang mungkin mencecah 12.5 juta pound lagi.

Ujian perubatan ke atas Diaz pula akan dilakukan di Argentina dan The Reds sedang berusaha untuk melengkapkan perjanjian tersebut sebelum jendela perpindahan Januari ditutup Isnin ini.

Setakat ini, Liverpool masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai potensi perpindahan Diaz.

 

Media Baharu