fb fb fb fb fb

Selangor FC gagal teruskan rentak kemenangan

(Pemain Kuala Lumpur City FC Muhammad Akram Mahinan (kanan) diasak pemain Selangor FC Muhammad Fazly Mazlan ketika perlawanan Liga Super 2022/BERNAMA)

PETALING JAYA, 21 Julai- Selangor FC gagal meneruskan rentak kemenangan minggu lalu selepas terikat seri 1-1 menentang KL City FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada perlawanan  Liga Super 2022.

Walaupun lebih banyak menguasai permainan, namun itu masih belum cukup buat 'The Red Giants' mengumpul tiga mata penuh.

Kapten Selangor, Brendan Gan terlebih dahulu meletakkan pasukan di depan hasil rembatan pada minit ke-36.

Selangor terus garang melancar beberapa serangan berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol KL City, Kevin Mendoza berjaya menghalang gawang daripada terus dibolosi.

(Herlison Caion De Souza Ferreira (kanan) diasak Giancarlo Gallifuoco pada
perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya /BERNAMA)

'The Red Giants' bagaimanapun tempang pada separuh masa kedua, selepas Ahmad Zikri Khalili dilayangkan kad merah pada minit ke-56.

Perkara itu dimanfaatkan sepenuhnya KL City dengan gol penyamaan pada minit ke-68 menerusi tandukan Romel Morales.

Tamat perlawanan, Selangor 1, KL City 1.

Selangor kekal di tangga kelima liga dengan 16 mata, manakala KL City di tangga ketujuh dengan 15 mata.

Media Baharu