fb fb fb fb fb

Scheffler rangkul kejuaraan PGA pertama

Scottie Scheffler menjulang Trofi Wanamaker selepas meraih kemenangan lima pukulan dalam pusingan akhir Kejohanan PGA di Kelab Desa Quail Hollow

CAROLINA UTARA, 20 Mei - Scottie Scheffler berjaya merangkul gelaran Kejuaraan PGA pertamanya dengan kelebihan lima pukulan, meskipun berdepan cabaran sengit daripada Jon Rahm di Quail Hollow

Walaupun mencatat par 71 pada pusingan akhir, pemain nombor satu dunia itu kekal tenang selepas permulaan yang goyah untuk mengumpul keseluruhan 11 di bawah par 273.

Sekali gus menambah trofi Wanamaker ke dalam koleksi kejuaraan utama selepas menjuarai Masters pada 2022 dan 2024.

Tiga pemain Amerika, Bryson DeChambeau, Harris English dan Davis Riley, berkongsi tempat kedua dengan skor 6 bawah par, sementara Rahm yang bangkit di pertengahan permainan akhirnya tumbang di tiga lubang terakhir dan menamatkan saingan di kedudukan kelapan.

Scheffler kini menyertai legenda golf Tiger Woods dan Jack Nicklaus sebagai pemain terpantas mencapai 15 kemenangan jelajah PGA sejak 1950 iaitu hanya mengambil masa tiga tahun dan 94 hari.

MOHD ZAMBRI BIN SUHARANI