LONDON, 20 Jun- Penyerang Liverpool, Mohamed Salah antara enam pemain yang dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik Lelaki, Persatuan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional.
Pemain berusia 33 tahun itu merupakan antara watak penting membantu Liverpool menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu, dengan 29 jaringan dan 18 bantuan gol.
Bintang Mesir itu diundi sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik oleh Persatuan Penulis Bola Sepak, dan memperoleh hampir 90 peratus undian.
Turut berada dalam senarai pendek, rakan sepasukan Liverpool, Alexis Mac Allister, Declan Rice (Arsenal), Cole Palmer (Chelsea), penyerang Newcastle Alexander Isak dan pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes.
Majlis anugerah tahun ini dijadual berlangsung di Manchester pada 19 Ogos.-AFP