fb fb fb fb fb

Saharudin meninggal dunia pada usia 84 tahun

Foto Facebook Mohd Azlan Shah

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Malaysia kehilangan seorang lagi ikon sukan selepas legenda berbasikal negara Saharudin Jaffar menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun petang tadi.

Anak sulung Allahyarham Suhaimi Saharudin, 55, mengesahkan berita duka itu ketika dihubungi Bernama, dengan memaklumkan bapanya mengalami komplikasi ketika menjalani rawatan dialisis pagi tadi.

“Ayah pergi menjalani rawatan dialisis macam biasa sekitar pukul 9 atau 10 pagi tapi sampai dekat sana macam sudah pengsan, jadi jururawat terus panggil ambulans dan bawa ke Hospital Shah Alam.

“Bila sampai doktor kata jantung ayah sudah berhenti dan bila cuba pakai alat bantuan pernafasan semua pun tak boleh sedarkan dan ayah pergi sekitar pukul 2.17 petang,” katanya.

Suhaimi mengakui pemergian bapanya yang pernah mencipta sejarah sebagai pemenang pingat emas pertama Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) 1965 memberikan kesan mendalam, lebih-lebih lagi kerana esok sepatutnya ulang tahun perkahwinan ibu dan bapanya yang ke-58.

“Ibu saya, Hasmah Ibrahim kini sudah berusia 81 tahun. Sebelum ini, ayah walaupun sudah berusia tetap berpuasa, bersenam dan gemar berkebun. Namun, masalah dialisis kalau terlampau haus tak elok untuk buah pinggang,” katanya.

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Surau Seksyen 8 Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam esok.- BERNAMA

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI