fb fb fb fb fb

Safwan akui ‘bergelut’ saingi pemain senior dalam merebut kesebelasan utama

Safwan Mazlan

KELANA JAYA, 3 Jun- Tonggak pertahanan Safwan Mazlan mengakui tidak mudah menyaingi kehebatan pemain senior dalam usahanya menembusi kesebelasan utama Harimau Malaya menjelang baki dua perlawanan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, bulan ini.

Safwan yang dipanggil buat kali kedua menyertai kem latihan bersama skuad kebangsaan berkata beliau bagaimanapun akan cuba membuktikan kemampuannya pada sesi latihan bagi menambat hati ketua jurulatih Kim Pan Gon, agar dapat diberi peluang beraksi di padang.

“Amat mencabar kerana saya pemain muda, bagaimanapun, saya perlu lebih kerja keras untuk dapat tempat dalam skuad utama,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, semalam.

Ujar pemain Terengganu FC itu intensiti latihan bersama pasukan senior adalah lebih tinggi berbanding bersama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sebelum ini.wah 23 Tahun (B-23) kebangsaan sebelum ini.

Menurut pemain berusia 22 tahun itu, setakat ini beliau tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan aspek taktikal direncanakan Pan Gon kerana tidak banyak berbeza dengan pengalaman dilalui bersama jurulatih skuad B-23 negara, Juan Torres Garrido, sebelum ini.

Untuk rekod, skuad kebangsaan akan menentang Kyrgyzstan di Stadium Dolen Omurzakov, Bishkek pada Khamis ini sebelum menutup kempen pusingan kedua kelayakan menentang Taiwan di laman sendiri, pada 11 Jun ini.

Dalam pada itu Safwan menyifatkan satu aksi persahabatan menentang Perak FC tidak mencukupi dalam rangka persiapan untuk mengharungi dua aksi penting itu.

"Bagi saya, satu perlawanan persahabatan itu tidak cukup untuk memberi keyakinan sebagai persiapan menentang Kyrgyzstan tetapi itu adalah perancangan jurulatih dengan hanya satu perlawanan yang ada untuk kita," katanya.

ZEHRA BINTI ZAMBRI