fb fb fb fb fb

Safee Sali letak jawatan Presiden PFAM, beri laluan generasi muda

Safee Sali / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), selepas lima tahun menerajui badan itu sejak 2019.

Menerusi perkongsian di Instagram, Safee menyatakan keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada barisan kepimpinan baharu mengemudi hala tuju PFAM ke arah yang lebih segar dan progresif.

“ Sudah tiba masanya saya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin muda. Saya yakin pendekatan serta idea baharu amat penting untuk pembangunan bola sepak secara keseluruhan,” katanya.

Safee turut menzahirkan penghargaan atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya dan menantikan perubahan positif demi masa depan bola sepak negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE