fb fb fb fb fb

Safawi dipinjamkan ke kelab Thai, Ratchaburi

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Johor Darul Ta'zim (JDT) akhirnya mengesahkan pemain bola sepak sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid bakal beraksi di Liga 1 Thailand secara pinjaman.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial JDT, Safawi dan seorang lagi pemain import, Moussa Sidibe akan dipinjamkan ke kelab Ratchaburi FC.

Pengarah Teknikal JDT, Hector Bidoglio dalam posting itu mengucapkan maju jaya buat kedua-dua tonggak terbabit.

“Harimau Selatan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pemain ini untuk musim akan datang,” katanya menerusi kenyataan ringkas di media sosial kelab berkenaan.

Terdahulu, sebuah portal antarabangsa melaporkan Pengerusi Ratchaburi, Tanawat Nitikanchana berkata, kelab tersebut telah mencapai persetujuan dengan JDT untuk mendapatkan khidmat Muhammad Safawi, yang merupakan salah seorang kapten skuad Harimau Malaya.

(Pemain bola sepak sensasi kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid)

Piala AFF 2022 dijadualkan bermula 20 Disember hingga 16 Januari depan.

Muhammad Safawi yang menyertai JDT dari Terengganu FC II pada Januari 2017, sebelum ini pernah dipinjamkan ke kelab di divisyen utama Portugal, Portimonense SC selama tiga bulan pada hujung 2021.

Media Baharu