fb fb fb fb fb

Sadio Mane Pemain Terbaik Afrika

(Sadio Mane melakukan rembatan semasa perlawanan persahabatan pramusim
Bayern Munich dengan DC United dan Bayern Munich di Audi Field / AFP)

RABAT, 22 Julai- Sadio Mane dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika di Rabat, Maghribi pada Khamis untuk kali kedua.

Kali pertama penyerang Senegal itu memperoleh penghormatan berkenaan pada 2019 semasa bersama Liverpool.

Pemain berusia 30 tahun itu meninggalkan kelab Liga Perdana tersebut bulan lalu selepas menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Bayern Munich.

"Saya sangat berbesar hati dan gembira menerima anugerah ini sekali lagi," kata Mane.

"Terima kasih kepada jurulatih saya, rakan-rakan kelab dan pasukan kebangsaan saya dan rakan-rakan yang menyokong saya semasa masa sukar."

Mane berada di ibu negara Maghribi untuk menerima anugerah itu selepas membantu kelab baharunya meraih kemenangan 6-2 ke atas DC United dalam aksi persahabatan pra-musim di Washington pada Rabu.

Ia merupakan anugerah pemain terbaik kedua berturut-turut Mane selepas pandemik COVID-19 memaksa pembatalan dua edisi terakhir.

Mane mengatasi bekas rakan sepasukan di Liverpool, Mohamed Salah dari Mesir dan rakan sepasukan Senegal yang juga penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy.

Mane dan Salah memainkan peranan penting musim lalu bersama Liverpool, yang merangkul Piala FA dan Piala Liga England serta bergelar naib juara Liga Perdana serta Liga Juara-Juara.

Salah telah menandatangani kontrak baharu di Anfield manakala Mane memilih untuk berpindah, dengan Bayern dilaporkan membuat pembayaran awal 32 juta euro ($32.5 juta) yang disebut-sebut boleh meningkat kepada 41 juta euro. -AFP


(Sadio Manie (tengah) menerima Anugerah Pemain Afrika Terbaik pada
Majlis anugerah Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF) / AFP)

Media Baharu