fb fb fb fb fb

Sabalenka ke separuh akhir Terbuka AS, keempat berturut-turut

Foto AFP

NEW YORK, 4 September - Pemain tenis wanita nombor dua dunia, Aryna Sabalenka mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali keempat berturut-turut, dengan menyingkirkan pemenang pingat Olimpik Paris 2024, Zheng Qinwen.

Ia juga merupakan rekod kali kesembilannya di pentas separuh akhir Grand Slam.

Pemain Belarus itu yang merangkul juara Terbuka Australia dan muncul naib juara di belakang Coco Gauff pada kejohanan di New York tahun lalu, menang 6-1, 6-2.

"Adalah penting buat saya apabila mendapat rehat awal, dan ia satu kelebihan kerana sukar berdepan dengan dia (Zheng)," katanya selepas memenangi aksi suku akhir yang berlangsung selama 73 minit.

Sabalenka dijadual berdepan pemain tuan rumah Emma Navarro untuk tiket ke perlawanan akhir.

Terdahulu, Navarro yang diletakkan selaku pilihan ke-13 menang mudah ke atas Paula Badosa dari Sepanyol. - AFP

Trainee2