LONDON, 1 November- Manchester United melantik Ruben Amorim sebagai pengurus baharu Manchester United pada Jumaat bagi menggantikan Erik ten Hag yang dipecat.
Jurulatih Portugal berusia 39 tahun itu, yang pernah merangkul dua gelaran Primeira Liga bersama Sporting Lisbon, telah menandatangani kontrak sehingga 2027 dan akan menyertai kelab tersebut pada 11 November.
"Manchester United gembira mengumumkan pelantikan Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih pasukan pertama lelaki, tertakluk kepada syarat visa kerja," kata kelab tersebut di laman web mereka.
"Beliau akan menyertai pasukan sehingga Jun 2027 dengan pilihan tambahan satu tahun oleh kelab, selepas menyelesaikan komitmen beliau bersama kelab sedia ada."
United menggambarkan Amorim sebagai salah seorang jurulatih muda paling menarik dan berprestasi tinggi dalam bola sepak Eropah.
Ruud van Nistelrooy akan terus mengendalikan pasukan sehingga Amorim tiba di Old Trafford.
United memecat Ten Hag pada Isnin selepas kekalahan 2-1 oleh West Ham menyebabkan mereka terperosok di kedudukan ke-14 dalam Liga Perdana Inggeris, dengan hanya tiga kemenangan daripada sembilan perlawanan.-AFP