fb fb fb fb fb

RTM anjur Program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia FIFA Qatar 2022

(Pelbagai aktiviti yang dianjurkan RTM selaku penyiar rasmi di Piazza Pavilion)

BUKIT JALIL, 14 Ogos- Orang ramai tidak melepaskan peluang bersama warga RTM merasai kehangatan bahang kejohanan bola sepak paling berprestij, Piala Dunia Qatar 2022 di sini.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan RTM selaku penyiar rasmi di Piazza Pavilion, mendapat sambutan menggalakkan.

Antaranya pertandingan RTM World Cup Esports Challenge.

Pengunjung juga tidak melepaskan peluang mengenali dengan lebih dekat personaliti radio RTM daripada stesen Nasional FM, Traxx FM, Minnal Fm dan AI FM.

Program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa hari ini.

RTM dijadual menyiarkan 27 perlawanan Piala Dunia Qatar 2022 secara langsung dan 14 lagi secara siaran tertunda.

Kejohanan membuka tirai pada 21 November.

(RTM anjur Program Menjelang Sepak Mula Piala Dunia FIFA Qatar 2022)

 

Media Baharu