(FOTO TWITTER AlNassr FC)
RIYADH, 3 Januari- Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo tiba di Riyadh, selepas sah menyertai kelab Al Nassr dengan perjanjian yang dipercayai bernilai lebih daripada 200 juta euro .
Pemain berusia 37 tahun itu, yang juga pemenang lima kali Ballon d'Or, mendarat di ibu negara Arab Saudi itu lewat Isnin, menurut TV kerajaan Al Ekhbariya, dan menginap di sebuah hotel mewah.
“Dia membawa sepasukan besar pembantu dan juga sekumpulan pengawal peribadi,” kata seorang pegawai kepada AFP.
Terdapat langkah keselamatan yang tinggi di sekitar lapangan terbang.
Ronaldo, yang meninggalkan Manchester United selepas menyelar kelab itu dalam temu bual TV, akan diperkenal secara rasmi di stadium Al Nassr yang mempunyai kapasiti 25,000 tempat duduk di Riyadh pada 7:00 malam (1600 GMT) pada hari Selasa, kata pegawai.
Ronaldo menandatangai kontrak bersama Al Nassr sehingga Jun 2025.
(FOTO TWITTER AlNassr FC)